Punca MH370 Terhempas? Kronologi Terperinci Kapal Terbang MH370 Hilang & Terhempas oleh Pilot Tersohor (Teori Ghost Plane) Dibongkar!

Punca
MH370 Terhempas? Kronologi Analisa Kapal Terbang MH370 Hilang &
Terhempas oleh Pilot Tersohor (Teori Ghost Plane) Dibongkar!
Begitu
banyak spekulasi yang bertebaran di Internet sekarang ini mengenai
MH370. Spekulasi keganasan, rampasan, yang paling Berita Semasa tidak
tahan spekulasi “meteor”. Ok Full STOP!! Berita Semasa sependapat dengan Kapten Nik Huzlan (DI SINI). Jangan sama sekali percaya kepada CNN. Ini kerana…
Dalam banyak-banyak spekulasi selepas 11
hari operasi MH370 dilancarkan, sudah ada cakap-cakap yang mengatakan
teori ‘Ghost Plane” ini bakal menjadi nyata dan pastinya ia sekaligus
membersihkan nama Pilot dan Co Pilot MH370 dan nama Malaysia amnya.
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap “GhostPlane’s Theory“,
berikut adalah kemungkinan insiden yang boleh berlaku di dalam pesawat
MH370 khususnya di dalam kokpit MH370. Apabila bercakap mungkin, boleh
jadi terjadi, boleh jadi tidak kerana analisa ini dibuat berdasarkan
pengalaman dan kajian mereka terhadap beberapa insiden tragedi
penerbangan dunia….
Kronologi Terlengkap Kemungkinan Punca MH370 Hilang & Terhempas?
Bersama-sama ini, Berita Semasa kongsikan kemungkinan kronologi kapal terbang MH370 hilang & terhempas satu persatu seperti di bawah ini :
1) Boeing 777 berlepas pada tengah malam
Sabtu dari Kuala Lumpur ke Beijing. Cuaca malam panas. Pesawat agak
berat. Sekitar 1 jam sedang MH370 arah ke Vietnam di Laut China Selatan,
tiba-tiba “bergelap” yang mana transponder telah dimatikan dan juga
alat pengesan isyarat telah dihentikan (radar kedua memancarkan isyarat
yang meminta maklumat daripada alat pengesan isyarat pesawat)
2) Dua hari kemudian iaitu pada 11 Mac
2014, kita disuapkan dengan laporan berita mengatakan radar tentera
Udara Diraja Malaysia (yang merupakan radar utama berjaya mengesan hasil
daripada tindak balas berbanding melalui transponder) pesawat berjaya
melepasi sehingga ke barat Semenangjung Malaysia di arah Selat Melaka.
3) Ok baik. “Left turn” adalah kata kunci utama untuk dijadikan petunjuk di sini. Kapten Zaharie Ahmad Shah (BUTIRAN HIDUPNYA KLIK SINI)
adalah juruterbang MAS yang cukup berpengalaman dengan 18,000 jam
penerbangan. Mungkin sesetengah juruterbang muda yang pernah ditemuramah
oleh media antarabangsa termasuk CNN contohnya tidak dapat menangkap
apa yang berlaku disebalik tindakan “left turn” ini. Kalangan
juruterbang berpengalaman sentiasa cepat menganalisa lapangan terbang
yang paling selamat dan terdekat sepanjang tempoh penerbangan.
- Di mana kedudukan lapangan terbang di hadapan mereka, lapangan terbang di belakang dan sebagainya.
- Semuanya sudah dianalisa dan berada dalam kepala juruterbang berpengalaman seperti mereka ini.
- Sentiasa beringat dengan sebarang kemungkinan dan cepat bertindak untuk mendapat alternatif terbaik demi keselamatan beratus-ratus nyawa yang mereka kendalikan!!
4) Dan kebanyakan pakar-pakar
penerbangan dunia bersetuju tindakan “turn left” Kapten Zaharie Ahmad
Shah tidak lain dan tidak bukan, berdasarkan pengalaman mereka dan
melihatkan kedudukan lapangan terbang yang ideal dan terdekat adalah
lapangan terbang Pulau Langkawi untuk tujuan pendaratan.
5) Sebenarnya, Kapten Zaharie telah
mengambil laluan terus ke Pulau Langkawi dengan ketinggian 13,000 kaki
dari atas permukaan air pada waktu malam tanpa sebarang halangan dan
rintingan di mana perlu menyeberang pelbagai gunung di antaranya.
Lapangan Terbang Pulau Langkawi
6) Baik? Pasti ramai tertanya-tanya apa
sebenar yang berlaku di dalam pesawat MH370 pada malam kejadian itu?
Terdapat peristiwa besar yang telah berlaku.
7) Berdasarkan pengamatan pakar-pakar
penerbangan sama sekali tidak terkejut dengan laporan transponder
mahupun komunikasi dimatikan. Ia memang masuk akal apabila berlakunya kebakaran besar ataupun kebakaran elektrik.
Untuk memeriksa dan memulihkan satu demi satu masalah tersebut daripada
berpanjangan adalah tindakan yang kurang bijak pada masa itu malah
mungkin ia akan menjadi lebih serius. Masakan tidak, masa itulah nak
kawal pesawat, masa itulah juga mahu mengawal kebakaran. Mampu?
8) Kapten Zaharie Ahmad Shah segera
melakukan apa yang dirasakan perlu berdasarkan latihan dan pengalaman
luasnya sebelum ini bagi mencari alternatif dan penyelesaian secepat
mungkin dengan masa suntuk yang berliau ada termasuk mencari lapangan
terbang yang terdekat mendarat, akhirnya lapangan terbang Pulau Langkawi
menjadi sasarannya. Ada 2 kemungkinan kebakaran di sini :
- Kebakaran elektrik mungkin tidak akan cepat merebak sehingga mengeluarkan asap yang menggangu tumpuan mereka.
- Ataupun…..besar kemungkinan masalah berpunca terhadap keadaan terlampau panas di bahagian salah satu gear tayar pendaratan di bahagian hadapan sehingga menyebabkan ia perlahan-lahan terbakar.
Ini diperkuatkan dengan keadaan & faktor :
“kapal terbang berat = malam yang panas = paras laut = jangka masa yang panjang ketika berlepas”
9) Ada satu kemalangan yang agak
tersohor di Nigeria daripada DC8 apabila berlaku kebakaran gear mendarat
ketika berlepas. Akhirnya mengeluarkan keadaan kepulan asap yang
mengerunkan…Begitulah kemungkinan keadaan di kokpit pesawat MH370.
Ya…benar. Di juruterbang dan co pilot ada akses kepada topeng oksigen
tetapi ia tidak mampu menandingi “kedegilan” kepulan asap berpunca
daripada kebakaran.
10) Antara pakar penerbangan mula menyimpulkan yang mana Kapten Zaharie dan Co Pilot Farid Ab Hamid sedang bertarung hebat
di dalam ruang kokpit apabila asap terus menyelubunginya. Dan bekas
juuterbang ternama mula menggangkat nama Kapten Zaharie bersama-sama
Farid Ab Hamid (KENALI BELIAU DI SINI) adalah “hero”
yang sedang bertarung nyawa sedaya upaya menyelamatkan nyawa
bertaus-ratus anak kapal dan penumpang. Malangnya….situasi yang hampir
mustahil apabila waima juruterbang terhebat sekalipun belum mampu
mendaratkan kapal terbang MH370 di landasan Pulau Langkawi dalam situasi
dan keadaan sebegitu rupa.
11) Manakala kapal terbang MH370 terus
bergerak secara autopilot sehingga samada minyak telah mula kehabisan
ataupun kebakaran api telah memusnahkan papan kawalan MH370 dan
terhempas. Ini antara asas kesimpulan mereka. Sebab apa?
12) Sesetengah bekas juruterbang yang berpengalaman menemplak cakap-cakap tidak masuk akal kononnya MH370 dirampas. Mengapa?
13) Kata kuncinya “left turn”. Seseorang
perampas kapal terbang contohnya tidak akan meminta kapal terbang yang
dirampasnya berpatah balik tetapi membiarkan pesawat MH370 meneruskan
penerbangan dan akan memutuskan pelan mereka seterusnya selepas itu.
Mereka membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman mereka dalam
penerbangan berpuluh-puluh tahun lamanya di samping menganalisa beberapa
tragedi penerbangan termasuk…….
Pakar penerbangan menyimpulkan beberapa perkataan dengan situasi tragedi MH370 iaitu :
Melihatkan analisa yang dilakukan juruterbang yang berpengalaman ini, teringat Berita Semasa dengan satu lagi kes Helios 522. Anda boleh tonton video dokumentari terbaiknya di bawah ini saat-saat terjadi………
- Tragedi penerbangan AirCanada DC9
- Tragedi penerbangan Swissair CD-10 pada tahun 1998

No comments:
Post a Comment