Tuesday, March 25, 2014

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...

Gambar 3 Insan Kerdil Yang Berani Berhadapan Dunia Disebalik Tragedi MH370. Terima Kasih!


Pemimpin Mh370
Tiada berita yang paling menyedihkan ketika ini apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir “hayatnya” di Lautan Hindi.
Tidak dapat juga Berita Semasa gambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 betapa sedih dan luluh hati mereka sekarang ini. Namun….
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya yang Berita Semasa namakan “tiga insan kerdil” yang sungguh berani berhadapan dengan media daripada seluruh dunia tidak dapat menahan kesedihan disebalik pengumuman Datuk Seri Najib Razak malam tadi.
Jauhari MH370
CEO MAS, Ahmad Jauhari, individu yang cukup dekat dengan Malaysia Airlines tidak dapat menyembunyikan perasaan sdihnya sambil cuba ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam
3 insan ini sentiasa berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita mahu mempertikaikan kredibiliti dan usaha mereka bertiga dan bertungkus-lumus apa sahaja yang dapat meredakan keadaan terutamanya kepentingan keluarga mangsa MH370 terjaga.
Hishamuddin MH370
Datuk Seri Hishamuddin menitis air mata tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370
Mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat ini?
  • Mereka tidak bersedia langsung untuk menghadapi tragedi MH370
  • Mereka juga sebenarnya tidak mahu tragedi buruk seperti ini terjadi
  • Tetapi inilah qada dan qadar, suka atau tidak mereka perlu menggalas segala amanah yang diberikan atas nama tanggungjawab
  • Mereka ini tidak mampu memuaskan hati semua pihak, tetapi mereka sedaya upaya memberikan yang terbaik dan berusaha memperbaiki daripada hari ke hari
Azharuddin MH370
Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC
Oleh itu, Berita Semasa dedikasi ucapan terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan :
  1. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
  2. Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
  3. Encik Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan Malaysia. Bagaimana pula dengan anda? Ada kata-kata untuk mereka?
P/S : Mereka tidak minta apa-apa cukup sekadar menyokong usaha mereka ketika ini dan mendoakan segalanya dipermudahkan.

KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini

No comments:

Post a Comment